ARTIKEL

TERIMA KASIH....Hanifah (kanan) menyampaikan geran kepada salah seorang penerima dalam Majlis Penyerahan Geran, di sini, hari ini.

Gunakan geran projek khas sebaik mungkin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penerima perlu menggunakan peruntukan geran yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berharap agar peruntukan tersebut digunakan untuk menganjurkan program.

“Ini termasuklah program atau aktiviti yang melibatkan golongan belia dan remaja.

“Penglibatan mereka perlu digalakkan supaya tidak terjebak dengan gejala negatif,” katanya.

RAKAM KENANGAN: Hanifah merakam kenangan bersama yang lain semasa majlis tersebut.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Geran di Pusat Khidmat Mukah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah, turut menyeru agar lebih banyak program menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Jelasnya, ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti dan membina masa depan yang mampan serta makmur untuk Sarawak dan juga Malaysia.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi musim banjir.

“Pastikan semua dokumen penting diletakkan di kawasan tinggi dan persiapan makanan mestilah sentiasa mencukupi.

“Bukan itu sahaja, pihak kami juga akan sentiasa memantau keadaan semasa banjir agar keselamatan penduduk di sini terjamin.

“Justeru, kita perlu sentiasa bekerjasama dalam menjaga keselamatan diri, keluarga, jiran, dan komuniti,” tambahnya.

Terdahulu, seramai 50 penerima geran projek khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) menerima jumlah RM210,000 dan peruntukan khas Perdana Menteri Fasa 4 2024 sebanyak RM269,096.83.

Geran projek khas, Timbalan Menteri Ekonomi, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Pusat Khidmat Mukah, Persediaan menghadapi banjir

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat