ARTIKEL

Gunung Semeru meletus tiga kali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pihak berkuasa Indonesia menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan berisiko tinggi di sekitar Gunung Semeru selepas gunung berapi itu meletus beberapa kali sepanjang hujung minggu.

Gunung berapi itu meletus sebanyak tiga kali pada pagi Ahad dengan memuntahkan awan mengandungi abu setinggi 700 meter dari puncaknya.

Pada Sabtu, ia meletus dua kali dalam tempoh kira-kira 90 minit, dengan awan mengandungi abu tertinggi mencecah sehingga 1,000 meter ke udara, menurut agensi berita Antara yang memetik Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG).

Gunung Semeru kekal pada Status Tahap III (Siaga), menurut PVMBG.

Ia turut menggesa orang ramai agar tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam lingkungan 13 kilometer di bahagian tenggara puncak Gunung Semeru sepanjang Besuk Kobokan, alur sungai yang terdedah kepada aliran lava dan awan panas.

Penduduk serta pengunjung juga dilarang menjalankan aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah berikutan risiko lontaran batu pijar. – Bernama

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,