ARTIKEL

Guru lelaki lemas ketika memancing di jeti Chenor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran dekat sini petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Maran Kapten Mohd Nor Azhar Yusof berkata mangsa, Murdani Ab Rahman ketika itu sedang memancing di atas rakit bersama rakannya, cuba mengambil kerusi di sebuah bot bersebelahan sebelum tergelincir.

“Mangsa telah disedari terjatuh ke dalam Sungai Pahang kira-kira pukul 6 petang dan satu laporan polis berkenaan dengannya telah dibuat. Susulan itu, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diaktifkan bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Proses pencarian (surface searching) bermula selepas taklimat oleh bomba dengan melibatkan pasukan bomba, APM dan juga polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata operasi pencarian sedang berjalan hingga kini dan akan diteruskan sehingga mangsa dijumpai dengan kerjasama dan sokongan komuniti setempat. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU