ARTIKEL

Mancha (dua kiri) bersama Timbalannya Ibrahim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Wong Ing Fung pada sidang media di IPK Sarawak. 

Guru lelaki yang juga warden disiasat, lakukan amang seksual terhadap pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang guru lelaki yang juga warden asrama lelaki sebuah sekolah di Daerah Padawan disiasat kerana disyaki melakukan amang seksual secara fizikal kepada pelajar di sekolah tersebut. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh penjaga mangsa pada 12 November lalu, sekitar jam 3.55 petang. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKTA 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

“Suspek berumur 40 tahun dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Wong Ing Fung. 

Mancha berkata, memandangkan suspek adalah seorang guru, beliau adalah seorang yang mempunyai hubungan amanah dengan mangsa yang membawa maksud, mangsa berada di bawah pemeliharaan, pengawasan atau kuasanya sebagai guru.

Katanya, di bawah Seksyen 16 Akta yang sama memperuntukkan hukuman tambahan penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dari dua sebatan.

Menurut laporan, semasa mangsa demam, suspek telah membawa mangsa ke rumahnya di sekolah tersebut dengan tujuan membawa mangsa. 

Semasa di rumah suspek, mangsa telah disentuh secara seksual semasa dimandikan dan semasa mangsa sedang berehat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU