ARTIKEL

Mangsa mengalami kecederan di belakang badan akibat dipukul menggunakan hos.

Guru selamatkan murid daripada terus menjadi mangsa pukul ibu angkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang guru menyelamatkan muridnya daripada terus menjadi mangsa pukul ibu angkat apabila melaporkan perlakuan wanita itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie berkata susulan laporan yang dibuat guru berusia 44 tahun itu pada 6 Februari lalu, pihaknya bertindak segera menahan suspek berusia 47 tahun pada jam 2 petang di Jalan Bunga Raya di sini.

Menurutnya, pada 5 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang, guru terbabit menerima kiriman WhatsApp daripada seorang guru sekolah mangsa yang juga jirannya mengenai satu video yang mengandungi rakaman suara dan bunyi.

Katanya, dalam video tersebut terdengar suara mangsa berusia 11 tahun menangis akibat dipukul oleh ibu angkatnya menggunakan objek keras.

“Pada keesokan hari kira-kira jam 10.45 pagi, pengadu memanggil mangsa ke pejabatnya untuk membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian muka dan belakang badan.

“Mangsa memberitahu pengadu bahawa dia ditampar pada kedua-dua pipi dan dipukul di bahagian belakang badan menggunakan hos oleh suspek.

“Pengadu bimbang akan keselamatan mangsa lalu hadir ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dijaga suspek sejak berusia tiga tahun dan kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bertanya kepada suspek mengenai barangan yang perlu dibawa ke pusat tuisyen kerana mempunyai kelas Matematik setiap Khamis bermula jam 7 malam di Taman Ratus Melati.

Bagaimanapun, katanya suspek menjawab dengan nada marah kerana mangsa tidak mengetahui apa yang perlu dibawa, sebelum bertindak mengambil hos lalu memukul serta menampar kedua-dua pipi mangsa.

“Mangsa mengaku sering dipukul suspek sejak setahun lalu,” katanya.

Beliau berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Saratok untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Tambahnya, suspek yang turut mengaku melakukan perbuatan itu direman selama empat hari bermula 7 Februari lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira