Trending

Guru tiga subjek dilatih semula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SERIAN: Guru yang mengajar subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris akan dilatih semula untuk memantapkan pengajaran mereka.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata, kementeriannya telah diberi peruntukan untuk melatih semula guru terbabit.

Jelas Manyin, guru-guru ini terpaksa mengajar subjek terbabit walaupun ia bukan pilihan mereka.

“Kita tidak menyalahkan mereka, kerana mereka dihantar ke sekolah yang kecil dan tiada pilihan.

Guru Besar memaksa mereka mengajar subjek tersebut.

“Ini merupakan satu cabaran bagi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Kita telah lama berbincang mengenai perkara ini dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan untuk melatih semula guru ini,” katanya kepada media pada Majlis Kolokium Pendidikan 2020 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Serian di salah sebuah hotel di sini semalam.

Kata Manyin, latihan semula untuk guru-guru ini akan dilaksanakan pada bulan hadapan dengan kerjasama Institut Perguruan di negeri ini.

Beliau memberitahu, ekoran sekolah kurang murid, guru yang bukan mengajar subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris terpaksa mengajar subjek berkenaan. Lantaran itu, kementeriannya telah merancang untuk mengurangkan jumlah sekolah kurang murid dengan membina sekolah berpusat tersebut.

Jelas Manyin, wakil rakyat telah diberi penerangan mengenai kebaikan sekolah berpusat ini untuk disampaikan ke kawasan mereka.

Namun katanya, sekolah berpusat tidak diteruskan sekarang ini kerana ramai ibu bapa tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Sekolah berpusat ini menjimatkan kos, memperbaiki keputusan ujian dan memberi persaingan kepada para pelajar. Ia juga dilengkapi pelbagai kemudahan yang baik.

“Namun ibu bapa tidak bersetuju. Untuk itu, kita tidak dapat berbuat apa-apa dan tidak meneruskan sekolah berpusat untuk masa ini,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru