ARTIKEL

Hak rakyat dalam politik, ekonomi dan sosial terpelihara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan hak rakyat sentiasa terpelihara sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, dasar ini merupakan tonggak kepada perpaduan dan toleransi kaum.

“Marilah kita bersama-sama meraikan perpaduan dalam kepelbagaian yang terdapat di negeri ini.

“Saya juga berharap semua bekerjasama menjadikan Sarawak terus maju dan makmur agar kita dapat hidup dengan aman demi generasi kini dan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Yang Ke-19, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut memuji tindakan dan komitmen kerajaan negeri melaksanakan banyak program dan bantuan kebajikan untuk rakyat.

“Saya juga bangga program kebajikan turut dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan, syarikat dan individu.

“Syabas kepada kerajaan negeri kerana sentiasa saksama dengan semua kaum. Semangat ini harus sentiasa dipelihara demi masa depan Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU