ARTIKEL

Hebahan Sarikei Tun Tuanku Haji Bujang Bridge Half Marathon 2026 dibatalkan pada Ahad ini.

Half Marathon Sarikei dibatalkan atas faktor cuaca, udara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sarikei Tun Tuanku Haji Bujang Bridge Half Marathon 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos ini dibatalkan berikutan keadaan cuaca dan kualiti udara semasa yang tidak menggalakkan.

Jawatankuasa Kerja Sarikei Tun Tuanku Haji Bujang Bridge Half Marathon 2026 dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat atas nasihat Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei.

Menurut kenyataan itu, nasihat berkenaan diberikan selepas mengambil kira keadaan cuaca, kualiti udara serta risiko terhadap kesihatan dan keselamatan peserta, petugas dan semua pihak yang terlibat.

“Acara yang dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos 2026 (Ahad) adalah dibatalkan berikutan keadaan cuaca dan kualiti udara semasa yang tidak menggalakkan,” menurut kenyataan itu.

Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan susulan pembatalan berkenaan serta merakamkan penghargaan atas perhatian, kerjasama dan pemahaman semua pihak.

Dalam pada itu, peserta masih boleh mengambil pek penyertaan perlumbaan pada 22 Ogos, dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Dewan Suarah Sarikei.

Keputusan itu dibuat bagi mengutamakan keselamatan dan kesihatan semua peserta serta pihak yang terlibat dalam penganjuran acara berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,