ARTIKEL

Hanya kerana nasi belum masak, suami pukul isteri didenda RM2,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Hanya kerana nasi belum masak, seorang suami tergamak memukul isterinya yang sedang mengandung lima bulan hingga menyebabkan kecederaan seluruh badan.

Namun demikian, perbuatan itu membawa padah apabila Kirk Hammet Abdul Haris, 25, tidak bekerja itu dijatuhi hukuman denda RM2,000 Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Majistret Zubaidah Sharkawi turut menjatuhkan hukuman penjara dua bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya berusia 26 tahun di sebuah rumah di Jalan Cahya Damai, kira-kira jam 9.30 pagi, 10 Januari lalu.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, suami pengadu telah memukul pengadu di bahagian badan, telinga, tulang rusuk kanan, lengan kiri, kaki kiri dan semua bahagian kiri.

Akibat kejadian itu, pengadu yang mengandung lima dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan luka lecet di seluruh badan.

Punca kejadian, kerana nasi yang dimasak pengadu belum masak sepenuh hingga membuatkan suaminya marah lalu memukulnya.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tertekan selepas empat hari dibuang kerja sebagai mekanik.

Laporan polis dibuat oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 13 Januari lepas.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,