ARTIKEL

Hanya petani dibenarkan dua orang dalam sebuah kenderaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hanya petani yang hendak memasarkan hasil pertanian dibenarkan dua orang dalam sebuah kenderaan, jelas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Kita benarkan mereka (petani) boleh dua orang dalam sebuah kenderaan kerana agak sukar untuk seorang pergi memasarkan hasil pertanian.

“Lagi pun tidak semua petani memiliki dua kenderaan,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menegaskan keputusan itu tidak melibatkan orang ramai.

Justeru, katanya laporan mengatakan bahawa dua orang dibenarkan dalam sebuah kenderaan adalah tidak benar dan palsu.

Selain itu, beliau turut menafikan laporan bahawa semua kilang termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dibenarkan beroperasi di Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira