ARTIKEL

Mohamad Rizal menyampaikan Anugerah Olahragawati Terbaik Kejohanan Sukan Tahunan SK Tatau 2025 kepada Tiffany.

Harapan besar agar prasarana sukan tidak lagi ketinggalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) digesa agar mempercepatkan projek pembinaan Stadium Mini Tatau bagi memenuhi keperluan kemudahan sukan yang mendesak untuk kegunaan sekolah-sekolah di sekitar kawasan tersebut serta komuniti awam.

Gesaan ini disuarakan oleh Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau, Mohamad Rizal Julaihi semasa berucap merasmikan penangguhan Kejohanan Sukan Tahunan SK Tatau 2025 pada Sabtu.

Menurut Mohamad Rizal, ketiadaan padang olahraga yang bertaraf kebangsaan menyukarkan pihak sekolah melaksanakan acara sukan dengan lebih optimum.

“Kami merayu dan memohon Kerajaan Sarawak melalui BDA untuk mempercepatkan pembinaan Stadium Mini Tatau bagi kemudahan anak-anak sekolah sekitarnya melaksanakan acara sukan mereka dengan lebih baik, dengan standard padang olahraga yang setaraf peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau juga menyuarakan harapan komuniti Tatau agar trek larian atau kawasan riadah di Taman Komuniti Sungai Jatan dinaik taraf menjadi trek olahraga bagi kegunaan awam dan sekolah.

“Pembinaan mini stadium ini amat penting, bukan sahaja untuk mengukur prestasi fizikal murid, tetapi juga memupuk nilai murni dan semangat kesukanan dalam kalangan generasi muda dengan prasarana yang lengkap,” tambahnya.

Kejohanan Sukan Tahunan SK Tatau 2025 yang melibatkan 307 murid berakhir dengan jayanya, menyaksikan Rumah Exora dinobatkan sebagai juara keseluruhan, manakala Anugerah Olahragawan Terbaik diraih oleh Israf Daniel dan Anugerah Olahragawati Terbaik diperoleh Tiffany Daisie.

Mohamad Rizal menyampaikan Anugerah Olahragawan Terbaik Kejohanan Sukan Tahunan SK Tatau 2025 kepada Israf.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha