ARTIKEL

Helmi (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Rashdan (tengah) pada Majlis Makan Malam sempena Hari Keluarga APM Dalat, baru-baru ini.

Hari Keluarga APM Dalat eratkan silaturahim antara anggota

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

OYA: Sambutan Hari Keluarga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Dalat mampu menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Pegawai Pertahanan Awam Dalat, Leftenan Muda (PA) Muhammad Helmi Halim, berkata kesibukan tugas harian menjadi kekangan bagi semua anggota untuk sering berjumpa.

“Masing-masing mempunyai tugas dan waktu kerja yang berbeza semasa hari biasa.

“Jadi, dengan adanya Hari Keluarga ini, kita berkumpul beramai-ramai, berkongsi pengalaman sepanjang bertugas, sekali gus mengeratkan silaturahim antara satu sama lain,” katanya.

Helmi (duduk barisan kedua, tiga kiri) merakam kenangan bersama peserta lain pada majlis tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Hari Keluarga APM Dalat Tahun 2024 di Dewan D’Sanglau di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Helmi turut memberitahu anggotanya agar sentiasa bersiap sedia dan bekerjasama bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) pada ketika ini.

“Teruskan memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam, tingkatkan dan perbaiki kekurangan sepanjang tahun ini demi masyarakat yang memerlukan kita.

“Saya yakin, dengan kerjasama antara satu sama lain, kita mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi penghargaan kepada anggota APM Dalat dan pihak yang terlibat dalam program mereka sepanjang tahun ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU