ARTIKEL

Hari Sarawak: Abang Johari Seru Rakyat Kekal Bersatu, Pacu Sarawak Ke Arah Wilayah Maju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Hari Sarawak perlu dijadikan momentum untuk memperkukuh kesatuan rakyat, mempercepat pembangunan serta memastikan manfaat kemajuan negeri dapat dirasai secara lebih menyeluruh oleh seluruh lapisan masyarakat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kekuatan Sarawak terletak pada semangat kebersamaan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar budaya, namun tetap mampu hidup dalam suasana harmoni serta saling menghormati.

Katanya, tanggal 22 Julai bukan sekadar tarikh penting dalam lembaran sejarah negeri, sebaliknya mencerminkan jati diri dan aspirasi rakyat Sarawak untuk terus menentukan arah pembangunan serta masa depan negeri secara bersama.

“Semangat Segulai Sejalai perlu terus diterapkan dalam setiap usaha pembangunan bagi memastikan perbezaan yang wujud menjadi sumber kekuatan, bukannya penghalang kepada usaha membina Sarawak yang lebih maju, stabil dan sejahtera.

“Kita perlu terus memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian serta memastikan setiap rakyat mempunyai peluang untuk menikmati hasil pembangunan yang dilaksanakan,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Sarawak hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus mempergiat agenda transformasi pembangunan selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030), dengan memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi, pendigitalan, tenaga hijau, inovasi serta pembangunan modal insan.

Usaha itu, katanya, turut disokong tadbir urus yang berkesan dan perancangan pembangunan yang mampan bagi meningkatkan daya saing Sarawak, membuka lebih banyak peluang ekonomi serta memperkukuh kesejahteraan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.

“Dengan tekad yang kukuh, keyakinan serta sokongan dan kerjasama seluruh rakyat, saya yakin Sarawak mampu terus mencipta pencapaian baharu sebagai sebuah wilayah yang maju, berdaya tahan, mampan dan berpendapatan tinggi demi kesejahteraan generasi masa kini serta masa depan,” katanya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU