ARTIKEL

Hasrat seorang lelaki untuk menjawat jawatan dalam sektor awam tidak kesampaian apabila dia didapati positif dadah semasa sesi temu duga dijalankan. Foto AADK Daerah Sibu (FB)

Hasrat jadi penjawat awam tidak kesampaian, positif dadah semasa temu duga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berasal dari Sibu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu selepas didapati positif dadah methamphetamine (Syabu) semasa sesi temu duga dijalankan.

AADK Daerah Sibu dalam hantaran di Facebook semalam memaklumkan lelaki yang berusia 27 tahun itu gagal melepasi saringan awal ujian air kencing yang dijalankan semasa sesi temu duga jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Sibu baru-baru ini.

“Hasrat seorang lelaki untuk menjawat jawatan dalam sektor awam tidak kesampaian apabila dia didapati positif dadah semasa sesi temu duga dijalankan.

Lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Tangkapan itu menunjukkan ketegasan pihak berkuasa dalam memastikan calon penjawat awam bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang sebelum diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam,” memetik hantaran itu.

Sehubungan itu, AADK akan terus mempergiat penguatkuasaan demi mencapai matlamat Dadah Terkawal 2030. – TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU