ARTIKEL

Hatrik Mujagic bawa Kuching City ke separuh akhir Piala FA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ajdin Mujagic meledak hatrik untuk membawa Kuching City FC membenam Kelantan City FC 4-1 pada aksi timbal balik suku akhir Piala FA Malaysia 2026-2027 di Stadium Taha Ariffin, semalam, sekali gus mengesahkan tiket ke separuh akhir.

The Cats, yang beraksi di hadapan lebih daripada 10,000 penyokong sendiri, mendahului 2-1 pada babak pertama sebelum menambah dua lagi gol selepas rehat untuk melengkapkan kemenangan bergaya 4-1.

Mujagic menjadi watak utama malam itu apabila menjaringkan tiga daripada empat gol, sekali gus memastikan kempen Piala FA skuad kendalian Aidil Sharin Sahak terus hidup.

Kemenangan itu membolehkan The Cats mara dengan agregat 4-1 selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 20 September lalu.

Keputusan itu turut melengkapkan malam yang penuh meriah di Stadium Taha Ariffin, yang sudah dibanjiri penyokong sejak seawal pukul 4 petang.

Kuching City kini menanti lawan pada peringkat separuh akhir dalam usaha meneruskan cabaran untuk memburu tempat ke final Piala FA musim ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU