ARTIKEL

Fahmi Fadzil (kanan) menerima baju sempena penganjuran HAWANA 2024 yang disampaikan oleh Nur-ul Afida Kamaludin pada Majlis Bersama Rakan Strategik HAWANA 2024 di Wisma BERNAMA hari ini. | BERNAMA

HAWANA 2024: 27 rakan strategik serah tajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pusat borong terbesar Malaysia, GM Klang, dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) antara 27 rakan strategik dari pelbagai sektor yang menyerahkan tajaan bagi menyokong penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 pada bulan depan. 
   
Replika cek tajaan disampaikan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Majlis Bersama Rakan Strategik HAWANA 2024 di Wisma BERNAMA hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Nik Kamaruzaman Nik Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Nur-ul Afida Kamaludin, dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Samuel Simon.

Penganjuran HAWANA, yang bertujuan mengiktiraf dan menghargai peranan penting wartawan dalam masyarakat, turut menerima sokongan daripada CelcomDigi Bhd, Majlis Reka Bentuk Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang, Wasco Management, British Malaysian Chamber of Commerce Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Malaysian Palm Oil Bhd, Public Bank Bhd, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Selain itu, Ninja Van Malaysia, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Agro Bank, Tune Protect Group, Co-opbank Pertama, Oldtown White Coffee, Mr DIY E-Commerce (M) Sdn Bhd, dan Johor Plantations Group Bhd.

Turut menjadi rakan strategik ialah AirAsia, MOMAWater, Holiday Villa Hotels and Resort, Sunway Lagoon Marketing Sdn Bhd dan MAMEE. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU