ARTIKEL

FATHI HAMBALI

HDC perkenal penambahbaikan Skim Bantuan Sewa Sarawak (SRAS)

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) memperkenalkan beberapa penambahbaikan terhadap Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) bagi membolehkan lebih ramai rakyat menikmati manfaat bantuan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Fathi Hambali berkata, penambahbaikan itu dilaksanakan bagi membantu rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup, khususnya dalam mendapatkan rumah sewa yang selesa dan mampu milik.

Antara penambahbaikan utama adalah peningkatan had pendapatan isi rumah daripada RM4,556 kepada RM5,504 sekali gus meluaskan kelayakan penerima skim tersebut.

“SRAS kini diperluaskan meliputi 10 daerah iaitu Kuching, Samarahan, Sibu, Miri, Bintulu, Serian, Siburan, Sri Aman, Betong dan Mukah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tempoh bantuan sewa juga dipanjangkan daripada 36 bulan kepada 48 bulan bagi memberi sokongan menyeluruh dan berterusan kepada penerima.

Langkah berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak memastikan lebih ramai rakyat mempunyai akses kepada kediaman yang selamat, selesa dan mampu disewa.

Tambahnya, penambahbaikan SRAS diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan selain membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat di negeri ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU