ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian SPARK 2026: "Transformasi Niaga" di Pusat Pameran & Konvensyen IOI. -FotoBERNAMA

Henti Amalan Surat Sokongan, Kronisme Bagi Lulus Pembiayaan Usahawan – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan amalan menggunakan surat sokongan, hubungan politik dan kronisme dalam meluluskan pembiayaan usahawan mesti dihentikan, kerana perbuatan itu merugikan agensi kerajaan serta menyebabkan banyak perniagaan gagal.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan kerajaan hanya perlu diberikan kepada usahawan yang benar-benar mempunyai komitmen dan keupayaan.

“Kita bicara semua nak popular. Tetapi tidak berani menegur ketempangan yang ada, bukan sedikit.

“Saya tahu ramai tidak senang dengan sergahan saya begini, tetapi ini kenyataannya,” kata beliau ketika berucap merasmikan SPaRK 2026 anjuran Perbadanan Ushawan Nasional Bhd (PUNB), di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak dapat menghalang kegagalan perniagaan yang berlaku akibat faktor pasaran, namun tidak akan bertolak ansur terhadap penyalahgunaan dana awam.

Beliau berkata terdapat kes penerima bantuan yang hanya menggunakan dana bagi meningkatkan gaya hidup, termasuk berpindah ke pejabat lebih mewah serta membeli kenderaan, sebelum perniagaan akhirnya gagal.

“Dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan setiap manusia. Tetapi ia tidak akan pernah cukup untuk memenuhi ketamakan manusia,” kata beliau. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU