ARTIKEL

Hentikan polemik isu stoking, Menteri Komunikasi ajak rakyat patuhi titah Agong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sudah jelas berkaitan polemik isu stoking tertera kalimah Allah.

Justeru, menurutnya, semua pihak perlu menghentikan polemik tersebut.

Memetik laporan BERNAMA, Fahmi berkata, “Bagi yang beragama Islam, berbangsa Melayu, kedudukan Agong di paras tinggi, paling tinggi.

“Bagi saya, mengingkari titah dan sengaja mentafsirkan (titah Seri Paduka Baginda) dalam cara yang lain, bagi saya kurang sesuai.”

Fahmi mengulas soalan wartawan berkaitan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang masih meneruskan kempen memboikot KK Mart berhubung isu berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak