Hilux bertembung Viva, dua maut dan enam cedera di Jalan Miri-Bintulu

BINTULU: Dua maut, seorang cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) jenis Hilux dan kenderaan salon Perodua Viva, di Batu 14 Jalan Miri – Bintulu, berdekatan Air Terjun Lambir, petang tadi.

Kedua-dua mangsa maut, masing-masing seorang lelaki dan wanita merupakan penumpang kenderaan Perodua Viva.

Sehingga berita ini ditulis identiti kedua- dua mangsa masih belum dikenalpasti.

Sementara, mangsa yang mengalami cedera parah juga merupakan penumpang wanita kenderaan tersebut, manakala mangsa cedera ringan merupakan masing-masing pemandu lelaki kenderaan Perodua Viva dan pemandu dan tiga penumpang kenderaan 4X4.

Suara Sarawak