ARTIKEL

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. GAMBAR GHAZALI BUJANG

Hospital Petra Jaya siap 82 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Hospital Petra Jaya kini mencatat 82 peratus penyiapan dari segi pembinaan fizikal bangunan secara keseluruhan.

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata projek tersebut berada dalam perhatian serius dengan pihaknya membuat keputusan sewajarnya mengikut situasi semasa bagi memastikan ia dapat disiapkan secepat mungkin.

“Saya tidak mahu membuat sebarang ramalan mengenai tempoh sebenar siapnya projek ini, tetapi kalau boleh semalam saya mahu ia siap.

“Kali ini merupakan lawatan kedua saya ke tapak ini. Kali pertama saya datang ialah pada tahun 2019 dan saya telah mengambil tindakan terhadap kontraktor.

“Saya yakin kontraktor baharu ini baik, namun kita perlu berbincang bagaimana untuk memastikan mereka memberikan segala sokongan supaya projek ini dapat berdiri terlebih dahulu. Perkara itu yang paling mustahak bagi kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Klinik Kesihatan Serian dan Klinik Kesihatan Siburan di Klinik Kesihatan Siburan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan progres pembangunan hospital tersebut kini berada dalam keadaan lancar dan memuaskan.

“Segala-galanya berjalan lancar, cuma terdapat sedikit tindakan yang perlu kita selesaikan buat masa ini. Kita akan melihat bagaimana keadaannya dan saya belum dapat memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah, berkata pihaknya berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat menjalinkan kerjasama yang lebih padu bersama pihak kontraktor bagi memastikan penyiapan projek tersebut.

“Kita berharap, seperti sedia maklum, agensi teknikalnya ialah JKR Malaysia. Oleh itu, kita mengharapkan kerjasama yang baik antara JKR dan kontraktor. Namun, semua ini bergantung kepada Jabatan Teknikal JKR,” katanya.

Hospital Petra Jaya dijangka siap sepenuhnya pada hujung Februari ini selepas jangkaan awal penyiapannya adalah sekitar Ogos 2025.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU