ARTIKEL

Tiong Leh Ting

Hospital Sibu cari waris Tiong Leh Ting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Hospital Sibu kini sedang mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit wanita, Tiong Leh Ting, 54, yang dimasukkan ke hospital sejak 9 November lalu.

Pesakit yang beralamat terakhir di No. 9B, Jalan Mahsuri 1, Sibu itu dilaporkan menerima rawatan di Wad Hybrid ICU, namun sehingga kini masih tiada ahli keluarga yang hadir melawat atau memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya.

Menurut kenyataan hospital, usaha pihak mereka untuk menghubungi waris terdekat setakat ini tidak berhasil. Difahamkan pesakit hanya mempunyai seorang anak yang dipercayai tinggal di daerah sama.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai anak pesakit masih belum dapat diperolehi, sekali gus menyukarkan perancangan rawatan serta urusan berkaitan kebajikan pesakit.

Pihak hospital merayu agar waris, ahli keluarga atau sesiapa yang mengenali pesakit tampil segera bagi membantu melancarkan proses rawatan dan penjagaan.

Mereka boleh hadir terus ke Wad Hybrid ICU, Hospital Sibu atau menghubungi talian 084-238888 sambungan 6721 atau 6722 dengan kadar segera.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU