ARTIKEL

Hotel bertaraf tiga bintang akan dibangunkan di Belawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS : Kerajaan akan membangunkan hotel bertaraf tiga bintang di Belawai dalam usaha untuk menambah nilai kawasan Tanjung manis sebagai pusat tumpuan pengunjung.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain hotel pelbagai prasarana lain juga akan dibangunkan termasuk padang golf untuk kemudahan pengunjung yang meminati sukan berkenaan. 

Kedua-dua kemudahan itu katanya, akan dilaksanakan dalam Rancangan Kajian Malaysia (RMK-12) seiring dengan kewujudan prasarana yang berkaitan.

“Saya melihat kawasan ini (Tanjung Manis) mempunyai prospek pembangunan masa depan yang amat cerah berikutan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Safari Memancing Tanjung Manis, di sini, hari ini.

Beliau berkata, projek jangka panjang itu bukan sahaja merancakkan pertumbuhan ekonomi Tanjung Manis tetapi juga memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Katanya, kemudahan yang disediakan bukan sahaja untuk keselesaan masyarakat setempat, tetapi juga memudahkan pelabur dari dalam dan luar negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU