ARTIKEL

Hujah Sarawak kukuh dan kuat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak belum memanggil sebarang saksi untuk pendengaran permohonan semakan semula kehakiman yang difailkan Petronas untuk menentang pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST).

Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada masa ini pendengaran hanya melibatkan hujah pembukaan kedua-dua pihak.

“Jangan risau. Apa-apa saja yang berlaku, Sarawak tetap berdiri bersama. “Tetapi saya yakin dengan pasukan perundangan yang kita ada, kita mempunyai hujah yang kukuh dan kuat,” katanya.

Beliau ditemui semasa hadir bagi memberi sokongan kepada Kerajaan Sarawak dalam pendengaran permohonan semakan semula kehakiman yang difailkan Petronas untuk menentang pelaksanaan SST di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Dalam pendengaran semalam, Petronas telah mengemukakan hujah pembukaan, manakala Sarawak membalas hujah. Wan Junaidi yakin pasukan perundangan Sarawak yang diketuai Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Seri J.C Fong dan Peguam Besar Negeri, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid bersedia mengatasi semua hujah yang dikemukakan oleh Petronas.

“Kita sudah tahu apa fokus Petronas dan kita tahu bagaimana untuk mengatasinya. “Saya sudah berhubung dengan Datuk Seri J.C dan Datuk Talat sejak malam tadi (semalam) dan saya yakin mereka sangat bersedia,” katanya.

Pendengaran permohonan semakan semula kehakiman antara Petronas dan Sarawak diadakan semalam dan hari ini (3 dan 4 Februari) di Mahkamah Tinggi di sini.

Ia susulan permohonan Petronas yang mahu mahkamah memutuskan sama ada Sarawak boleh mengenakan SST atau tidak terhadap produk petroleum dan gas di negeri itu.

Pada 10 Disember lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Petronas memohon semakan kehakiman bagi membatalkan Notis Penilaian membabitkan kirakira RM1.3 bilion dalam SST dan mengisytiharkan seksyen tertentu dalam Ordinan Cukai Jualan Negeri Sarawak sebagai “ultra vires” kepada Perlembagaan Persekutuan.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di