ARTIKEL

HUJAN berterusan dijangka berlaku di Sarawak bermula Ahad hingga Isnin depan.

Hujan berterusan di Sarawak, timur Sabah bermula Ahad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hujan dijangka berterusan di Sarawak dan timur Sabah selama tiga hari bermula Ahad sehingga Isnin depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan tersebut berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku pada 10 sehingga 13 Februari 2024.

“Keadaan ini menyebabkan peningkatan kelembapan berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak dan timur Sabah serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara, Muhammad Helmi memberitahu amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sabah serta bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Katanya, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching; Serian: Samarahan; Sri Aman; Betong; Sarikei; Sibu; Mukah dan Kapit.

“Pada masa sama, MET Malaysia turut menjangkakan cuaca kering dan panas berlaku di negeri utara Semenanjung dengan suhu melebihi 35°C.

“Selain itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Sri Aman; Sarikei; Sibu; Kapit; Miri dan Limbang sehingga tujuh malam ini termasuk di Selangor.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih,” katanya.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan