ARTIKEL

ANGGOTA bomba memantau kejadian tanah susur yang hampir menjejaskan tiga buah dapur di kawasan perumahan tersebut.

Hujan berterusan, rumah diancam tanah susur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Susulan hujan berterusan malam tadi, tiga buah rumah di Lot 25H, Taman Yong, Lorong Selirik di sini diancam tanah susur.

Jurucakap Pusat Gerakan Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 5.55 pagi.

Susulan itu, ujar beliau, seramai sembilan anggota yang diketuai komander operasi PBK II Bonny Jangang beserta jentera FRT dan EMRS telah dikerah ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati telah berlaku kejadian tanah susur dipercayai disebabkan hujan lebat yang berterusan sejak semalam. 

“Kejadian tanah susur tersebut hampir menjejaskan bahagian dapur tiga buah rumah,” kata beliau.

Bagi tindakan operasi, jelas beliau,
anggota melakukan ‘Size Up’ dan memasang sawar-sawar di sekitar kawasan tersebut.

Beliau menambah bahawa pihak bomba turut menasihatkan kepada penduduk supaya tidak berada di tempat runtuhan dan mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan kemungkinan masih lagi berlakunya pergerakan tanah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU