ARTIKEL

Peter Magyar

Hungary Rancang Perkenal Cukai Kekayaan Mulai 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUDAPEST: Perdana Menteri Hungary Peter Magyar mengumumkan pada Selasa bahawa kerajaan merancang memperkenalkan cukai kekayaan mulai 1 Jan 2027, lapor Xinhua.

Cukai itu akan dikenakan pada kadar satu peratus terhadap kekayaan melebihi satu bilion forint Hungary (US$3.1 juta) dan 1.5 peratus terhadap kekayaan melebihi 100 bilion forint (US$310 juta), kata Magyar dalam video di Facebook.

Beliau berkata cukai itu meliputi hartanah, pelaburan dan pegangan dalam syarikat, termasuk aset yang dimiliki di luar negara atau melalui struktur pengurusan aset.

Hutang boleh ditolak daripada asas cukai manakala cukai hartanah dan kenderaan boleh ditolak daripada jumlah liabiliti.

Magyar berkata bayaran tahunan pertama yang dibuat sendiri akan perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2027, berdasarkan aset yang dimiliki pada akhir 2026.

Cadangan berkenaan akan melalui proses perundingan awam secara menyeluruh sebelum diluluskan.
— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih