ARTIKEL

Kredit: FB Wisma Putra

Wisma Putra kecam serangan lapangan terbang Arab Saudi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan orang awam serta kemudahan awam di Arab Saudi susulan krisis yang semakin meruncing di Asia Barat.

Pendirian tegas itu dizahirkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan kepada rakan sejawatnya, Putera Faisal bin Farhan Al Saud menerusi perbualan telefon pada Isnin.

Menurut Bernama, Wisma Putra memaklumkan bahawa Mohamad turut menyatakan solidariti Malaysia dan menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa, di samping menggesa semua pihak mencapai penyelesaian secara aman melalui saluran diplomasi.

Dalam perbualan berkenaan, kedua-dua menteri membincangkan hubungan dua hala serta sokongan Malaysia terhadap usaha kerajaan Arab Saudi memelihara kedaulatan dan keselamatan negaranya.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi mengesahkan seramai 12 orang maut manakala 309 lagi cedera susulan serangan kumpulan Houthi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid.

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU