ARTIKEL

Mohamad Kadim menunjukkan Pelan Transformasi 2026–2030 (TP2030) yang telah dilancarkan selepas Majlis Amanat Naib Canselor 2026 di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti i-CATS, di sini, hari ini.

i-CATS lancar Pelan Transformasi 2026-2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS terus memperkukuhkan kedudukannya dalam landskap pendidikan tinggi Sarawak dengan melancarkan Pelan Transformasi 2026–2030 (TP2030) hari ini.

Naib Canselornya, Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi berkata ia merupakan inisiatif strategik dan berstruktur dalam mengangkat i-CATS menjadi sebuah universiti penuh dari segi keupayaan, budaya dan karakter.

Katanya, di institusi berkenaan, transformasi berteraskan tiga disiplin iaitu pertama tentang kejelasan dan ketegasan – peranan yang jelas, kepimpinan yang diberi kuasa serta proses pembuatan keputusan yang berdisiplin merupakan prinsip tidak boleh dirundingkan.

Jelasnya, kekaburan dalam tadbir urus hanya akan melemahkan akauntabiliti dan melambatkan penyampaian, justeru pada 2026, tadbir urus i-CATS mesti bersifat memudah tindakan dan bukannya menghalang pelaksanaan.

“Kedua pula adalah fokus strategik dengan impak yang boleh diukur. Kita tidak lagi melaksanakan inisiatif semata-mata kerana ia merupakan idea yang baik. Setiap inisiatif mesti memperkukuh kedudukan strategik i-CATS, menyumbang kepada petunjuk prestasi utama (KPI) institusi serta menyokong keutamaan pembangunan Sarawak.

“Ketiga pula ialah kredibiliti yang dibina melalui hasil. Seperti yang ditegaskan dalam amanat Premier, integriti dan penyampaian merupakan aset strategik. Bagi i-CATS, kredibiliti diperoleh apabila pelajar menamatkan pengajian dengan kebolehpasaran tinggi, industri mengiktiraf graduan kita, rakan kongsi mempercayai pelaksanaan kita dan dana awam diterjemahkan kepada nilai awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Naib Canselor 2026 di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti i-CATS, di sini, hari ini.

Beliau menambah lagi, Kolej Universiti i-CATS hari ini juga memperkenalkan beberapa pembangunan program baharu dan diperkukuh yang memberi tumpuan kepada aeroangkasa, tenaga boleh diperbaharui, pembuatan termaju, teknologi digital dan industri berteraskan kelestarian.

“Antara program tersebut adalah Doktor Pentadbiran Perniagaan (ODL) – DBA; Sarjana Muda Teknologi dengan Kepujian dalam Kejuruteraan Sistem; Sarjana Muda Teknologi dengan Kepujian dalam Reka Bentuk Elektronik; Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Pesawat dengan Kepujian (Mekanikal).

“Ini termasuk Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Pesawat dengan Kepujian (Avionik); dan Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat. Ini adalah sebahagian kursus yang dibangunkan, semoga kita dapat menawarkanya tahun ini atau menjelang 2027,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, beliau turut mengumumkan penubuhan Pusat Asasi dan Pengajian Persediaan (CENFES) yang akan memperkukuh kesiapsiagaan akademik, meningkatkan kadar pengekalan dan kemajuan pelajar, serta menyediakan platform kukuh untuk kejayaan pelajar merentasi semua fakulti.

Peranan pusat ini termasuk menawarkan program peralihan selain program Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam Asasi Pengurusan (FIM) dan Asasi Sains (FIS) serta tidak lama lagi FTVET.

Menurutnya, kebebasan akademik kekal dihormati di i-CATS namun ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab terhadap pelajar, pihak berkepentingan serta kepercayaan awam yang diletakkan kepada institusi ini.

“Kecemerlangan bukan sahaja tidak terjejas, malah diperkukuh apabila usaha akademik diselaraskan dengan tujuan yang jelas serta memberi impak kepada masyarakat.

“Melalui reformasi ini serta pengenalan program-program yang diselaraskan secara strategik, i-CATS memposisikan diri sebagai sebuah institusi yang fokus, bereputasi dan bersedia menghadapi masa hadapan.

“Kecemerlangan akademik pada 2026 bukan hanya ditentukan oleh apa yang diajar, tetapi juga oleh hasil yang disampaikan iaitu graduan yang mempunyai kebolehpasaran tinggi, bersifat adaptif dan bersedia menyumbang secara bermakna kepada pembangunan Sarawak,” tegasnya.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road