ARTIKEL

Uggah (tengah) menerima sambutan Kayan pada majlis berkenaan. - Foto: UKAS

Ibu bapa luar bandar diseru galakkan anak-anak ceburi bidang STEM dan TVET

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ibu bapa di luar bandar harus memainkan peranan penting dengan menggalakkan anak-anak mereka untuk mendalami bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Sagah (depan tengah) bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang (empat kiri), Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak, Datuk Jonathan Lugoh, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Profesor Dr Harry Entebang, para penerima anugerah dan tetamu yang hadir. – Foto UKAS

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata ia amat penting dalam usaha meneruskan agenda Kerajaan Sarawak untuk melahirkan generasi baharu yang celik teknologi moden dan bijak dalam pengurusan pembangunan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak sedang meneroka banyak bidang baharu yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan dalam STEM dan TVET.

“Justeru, kita menekankan agar anak-anak menceburi pengajian dalam bidang ini seiring dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk mengisi keperluan dalam sektor baharu yang diceburi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ke-6 Dan Pra Krismas 2024 Persatuan Wanita Kayan Sarawak (PWKS) pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sagah turut menyempurnakan penyerahan Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi pelajar Kayan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022/2023 kepada 19 orang pelajar dan seoramg penuntut Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam pendidikan khas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU