Kejohanan sukan tahunan SK Kampung Tellian berlangsung meriah di Stadium Mukah pada Rabu dan Khamis lalu.
Program turut diserikan dengan pertandingan khas melibatkan ibu bapa murid yang mempamerkan semangat daya saing.


Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir membantu serta memeriahkan kejohanan ini.
Semoga pengalaman berharga ini dapat memupuk nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan dalam diri murid.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang memberikan yang terbaik dalam kejohanan ini.
Juara keseluruhan rumah sukan dan acara perbarisan dimiliki oleh Durian Clan, diikuti Strawberry Warriors selaku naib juara. Tempat ketiga dan keempat pula disandang oleh Blueberry Candy dan Lemon Rangers.
Sementara itu, Mohamad Rizqie Iman Zume dari rumah sukan Durian Clan dinobatkan sebagai olahragawan dan Nur Asyura Batrysha Sahran (Durian Clan) sebagai olahragawati kejohanan.





