ARTIKEL

Ibu Timbalan Menteri Sarawak Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Ibu kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee, Fatimah Othman, meninggal dunia akibat sakit tua di sebuah pusat perubatan swasta di sini malam tadi.

Allahyarham yang berusia 91 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 10.10 malam, sebelum jenazah dibawa pulang ke kediamannya di Jalan Kangkung, di sini, pagi tadi.

Menurut maklumat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, upacara pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang selesai pada 1.20 tengah hari.

Fatimah merupakan isteri kepada Allahyarham Rapaiee Tarip. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak lelaki dan seorang anak perempuan. 

Dr Annuar juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka dan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). – BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road