ARTIKEL

PRESIDEN PBBM… Mohd. Saif Jubaidi.

Liga Quaxa Miri 2023/2024: Saingan bermula Sabtu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Liga QUAXA Miri 2023/2024 yang disingkap tirainya Sabtu ini menandakan bermulanya misi pemburuan juara buat sembilan pasukan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBBM 2009), Mohd. Saif Jubaidi menegaskan, pasukan terbabit mewakili pelbagai kelab di sekitar Bahagian Miri.

Antaranya adalah Armin Team, Tajem Senuai, Upai Semaring, Sann Thunder, KBJM, LNS United, Clatech FC, Dasan Rovers dan Educator Miri FC.
 
“Tirai saingan Liga QUAXA Miri 2023/2024 disingkap Sabtu ini (6 Januari). Bermula misi untuk pemburuan juara buat kesemua Sembilan pasukan terbabit,” ujar Saif kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Saif, perlawanan berlangsung hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Padang Universiti Curtin, Miri akan diguna pakai sepanjang saingan,” tambah Saif lagi.

Apa yang menarik katanya, hadiah yang agak lumayan disediakan iaitu pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM5,000 beserta piala pusingan, piala iringan, pingat dan baucer RM1,000.

Naib juata akan menerima wang tunai RM3,000 selain piala, pingat dan baucer RM500.

Manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM1,500, piala, pingat dan baucer RM250.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha