ARTIKEL

Import baharu bentuk gandingan mantap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim yakin kemasukan pemain import baharu mampu membentuk gandingan yang lebih mantap dalam kem kendaliannya selepas ini.

Pengendali berpengalaman luas itu menyatakan demikian mengambil kira reputasi pemain terbabit bersama-sama kelab lama masing-masing.

“Saya yakin barisan pemain import yang ada mampu membentuk gandingan yang lebih mantap bersama-sama pemain lain sedia ada,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Irfan, beliau percaya tempoh masa yang ada memadai untuk membentuk persefahaman semua pemain yang ada.

Mengenai sasaran Kuching City untuk penampilan pertama dalam kancah Liga Super 2023.

Irfan memberitahu, musim pertama buat anak didiknya mengharungi liga lebih kompetitif dengan pasukan yang akan ditentang begitu hebat.

Namun, Irfan memberi bayangan untuk cuba meletakkan Kuching City dalam kelompok lima terbaik.

“Ini musim pertama kami bersaing dalam kancah Liga Super. Tekanan dan cabaran akan dilalui pemain pasti hebat, tetapi sasaran kami untuk berada dalam kelompok lima terbaik,” jelas Irfan lagi.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha