ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini.

Indeks kebebasan media: Perlu perbaiki kedudukan, namun jangan sentuh isu 3R

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku terdapat keperluan untuk memperbaiki pengiktirafan antarabangsa terhadap kebebasan media di negara ini.

Namun demikian, wujud sedikit keterbatasan kerana ia terikat dengan isu 3R, iaitu raja, kaum dan agama.

Anwar berkata ini memandangkan Raja-Raja Melayu meminta kerajaan agar lebih tegas dalam menangani isu berkenaan dan tidak mahu ia disentuh secara terbuka. 

“Sementara kita izinkan orang bersuara, sidang Raja-Raja Melayu sangat tegas dalam hal ini.

“Kita juga terikat dengan pandangan Raja-Raja yang tidak mahu sebarang kecaman dilakukan di khalayak tanpa tindakan.

“Kalau kecaman terhadap saya berbakul-bakul, tiada tindakan, tetapi jika ada laporan polis, polis akan uruskan.

“Saya terima teguran dari Pendang, memang ada keperluan untuk memperbaiki persepsi ini, tetapi kita ada keterbatasan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berhubung kedudukan Malaysia yang jatuh 34 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.

Ia menempatkan negara pada kedudukan ke-107 berbanding ke-73 pada tahun lepas.

Laporan yang dikeluarkan Reporters Without Borders (RSF) itu menunjukkan Malaysia mencatatkan 52.07 mata berbanding pada tahun lepas dengan pencapaian 62.83 mata.

Menjawab soalan Awang berkaitan Akta Pendanaan Politik, Perdana Menteri berkata akta itu masih lagi dikaji pada peringkat Jawatankuasa Khas Parlimen.

Beliau menegaskan bahawa tiada halangan untuk menyegerakan pelaksanaannya.

“Bahkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kita setuju untuk laksanakan, tetapi biarlah ada parameter dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen,” katanya. 

Mengulas isu Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF), Anwar memaklumkan kelewatan pelaksanaannya berpunca daripada keengganan pihak pembangkang untuk berunding.

Sebelum ini, pembangkang sebulat suara menolak Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan oleh kerajaan, dengan alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU