ARTIKEL

India import lebih 500,000 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: India mengimport lebih 500,000 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari daripada keseluruhan import minyak makan sebanyak 1.07 juta tan.

Import dari Malaysia terdiri daripada 497,337 tan minyak sawit mentah (MSM), 9,204 tan minyak isirung sawit mentah dan 2,701 tan olein sawit RBD, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan industri.

Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) berkata import MSM dari Malaysia oleh India pada Januari adalah lebih 23 peratus daripada pembelian pada Disember.

Import minyak sawit negara berjumlah 780,741 tan pada bulan lepas, iaitu 73 peratus daripada semua import minyak sayuran.

Bahagian minyak sawit daripada import pada Disember sebanyak 58 peratus, dan import kacang soya merosot dengan ketara mengurangkan bahagian minyak masak sebatian berbanding minyak sawit pada Januari, menurut SEA.

Import minyak makan merosot kepada 1.07 juta tan pada bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada Disember. — BERNAMA

BERITA LAIN

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.