ARTIKEL

Sim ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-20 Hexagon Highs yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam tadi. FOTO UKAS

Inovasi anak Sarawak tembusi pasaran global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan anak Sarawak dalam mencipta inovasi berimpak tinggi membuktikan bahawa produk berasaskan sumber dari hutan Borneo mampu menembusi pasaran global dan bersaing dengan jenama antarabangsa.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, selain pencapaian Kerajaan Sarawak, kejayaan anak Sarawak dalam pelbagai bidang turut meletakkan nama Bumi Kenyalang di peta dunia.

Perkara ini, katanya, lebih-lebih lagi apabila Sarawak hanyalah sebuah wilayah di dalam Malaysia.

Mengambil contoh kejayaan Hexagon Highs dalam melancarkan inovasi baharu mereka iaitu HexaCOOL, beliau menjelaskan ia bukan sekadar cecair penyejuk enjin kenderaan, tetapi inovasi yang mampu menyelesaikan masalah global.

“Pada 2019, mereka berjaya menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan bersama menjalankan ujian terhadap enam kaedah berbeza, khususnya bagi mengkaji interaksi antara cecair penyejuk dengan logam dan getah dalam sistem enjin.

“Mereka kemudian memutuskan untuk menguji sendiri dengan menggunakan trak dan memandu ke Kundasang, di mana dahulu, apabila menggunakan cecair penyejuk daripada syarikat lain untuk mendaki Kundasang, kenderaan mengalami ‘overheat’, rosak dan terpaksa berhenti.

“Namun, selepas lebih setahun menggunakan HexaCOOL, kenderaan berjaya mendaki tanpa sebarang masalah, sekali gus membuktikan keberkesanan produk daripada ‘hutan’ Borneo setanding malah lebih hebat daripada jenama besar yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-20 Hexagon Highs yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam tadi.

Tambahnya, HexaCOOL merupakan satu inovasi yang menyahut seruan Kerajaan Sarawak yang mementingkan kelestarian alam sekitar.

“Ini kerana produk berkenaan juga menggunakan bahan sisa yang dikitar semula untuk menghasilkan produk baharu,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU