ARTIKEL

Insentif Kerajaan Sarawak, pencetus semangat atlet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HEBAT…Bonnie Bunyau (kiri) dan Bryan Junency (kanan) kelihatan ceria selepas menerima insentif.

KUCHING: Legenda powerlifting negara kelahiran Sarawak, Gustin Jenang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemberian insentif kepada semua atlet yang berjaya menyumbang pingat dalam kejohanan disertai.

Ia termasuk kedua-dua anak beliau iaitu Bonnie Bunyau, 24 dan Bryan Junency, 26 yang turut tersenarai antara penerima insentif berkenaan.

“Terima kasih Kerajaan Sarawak terutama sekali Premier Sarawak. Selain Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan semua pihak dengan pemberian insentif ini.

“Saya percaya imbuhan yang diperoleh akan menjadi pencetus semangat kepada kedua-dua anak saya,” ujar Gustin kepada Arena Suara Sarawak.

Jelas Gustin, kedua-dua anaknya akan mewakili negara dalam beberapa kejohanan dunia selepas ini.

Justeru, beliau berharap permata hatinya (Bonnie & Bryan) dapat mengekalkan momentum kecemerlangan masing-masing untuk terus mencetak nama sebagai penyumbang pingat buat kem negara kelak.

Pemberian insentif kepada Bonnie Bunyau (RM8,000) ekoran kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel, Birmingham, England 2022.

Manakala, Bryan Junency yang turut menerima insentif (RM13,000) selepas berjaya meraih pingat emas dan perak pada Sukan Para Asean, Solo, Indonesia 2022.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira