ARTIKEL

Datuk Seri Huang Tiong Sii menjawab soalan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi pada persidangan Dewan Rakyat.

Insentif pekebun kecil sawit akan diperkasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan akan memperkasa insentif produktiviti secara berterusan kepada pekebun kecil sawit persendirian (PKP), termasuk bantuan input pertanian bagi meningkatkan hasil dan pendapatan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, sokongan berkenaan turut meliputi pekebun kecil di Sarawak menerusi pelbagai skim dan program yang dilaksanakan kementerian.

Katanya, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), kerajaan menyediakan Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) bagi membantu pekebun menggantikan pokok sawit tua dan tidak produktif.

“Skop bantuan input di bawah skim ini termasuk pembekalan anak benih sawit berkualiti, baja, racun dan peralatan bagi menyelenggara kebun serta kawalan serangan ganoderma, terutamanya pada peringkat awal pertumbuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Huang berkata, bagi PKP yang aktif mengusahakan kebun matang serta mematuhi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), sokongan turut disediakan secara berterusan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Katanya, antara bentuk sokongan berkenaan termasuk pembayaran keseluruhan kos audit pensijilan MSPO dan latihan Amalan Pertanian Baik (GAP).

“Khidmat nasihat teknikal pembajaan berhemah turut diberikan melalui Kelompok Sawit Mampan (SPOC) serta agihan insentif fizikal seperti rak penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada PKP yang layak,” katanya.

Menurutnya, kerajaan pada masa ini telah dan sedang menyediakan insentif produktiviti secara berterusan kepada pekebun kecil persendirian dan akan terus memperkasakannya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU