ARTIKEL

Fatimah menyempurnakan majlis penangguhan Sambutan Hari Keluarga Sarawak 2026 bertemakan “Kasih Keluarga, Jiwa Negara” di Kuching, hari ini.

Institusi keluarga di Sarawak berdepan cabaran semakin kompleks

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penurunan jumlah kelahiran hidup dan peningkatan kes perceraian di Sarawak menunjukkan institusi keluarga berdepan cabaran semakin kompleks, termasuk tekanan kos sara hidup, perubahan gaya hidup dan pengurusan emosi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah kelahiran hidup di Sarawak menurun daripada 30,257 pada 2024 kepada 28,678 pada 2025.

Pada masa sama, jumlah perkahwinan meningkat daripada 16,072 pada 2023 kepada 16,443 pada 2024, manakala kes perceraian turut bertambah daripada 4,351 kepada 4,645 dalam tempoh sama.

Beliau berkata demikian pada majlis penangguhan Sambutan Hari Keluarga Sarawak 2026 bertemakan “Kasih Keluarga, Jiwa Negara” di sini, hari ini.

Usaha memperkukuh institusi keluarga tidak boleh terhad kepada sambutan tahunan, sebaliknya perlu menjadi agenda strategik yang dilaksanakan secara berterusan.

Justeru, kementerian menerusi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak terus memperluas program advokasi, pembangunan keluarga dan pemerkasaan wanita bagi memastikan tiada golongan tercicir.

Menurutnya, pemerkasaan wanita menjadi antara keutamaan kerana kestabilan keluarga turut bergantung kepada keupayaan wanita mengurus cabaran ekonomi, emosi dan kehidupan seharian.

“Apabila wanita diperkasa dan mampu berdikari dari segi kemahiran, kerjaya atau penjanaan ekonomi, keluarga akan menjadi lebih teguh, stabil dan berdaya tahan,” katanya.

Sepanjang 2026, katanya, Program Latihan Kemahiran Vokasional Wanita (WST) dalam bidang jahitan, kulinari, kecantikan serta spa dan urutan menerima peruntukan RM530,000, sekali gus memberi manfaat kepada 5,465 peserta.

Kerajaan turut menyediakan sokongan modal menerusi Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS), dengan 300 usahawan menerima RM1,000 seorang, membabitkan peruntukan RM300,000 tahun ini. Peruntukan itu dijangka meningkat kepada RM320,000 pada 2027.

Menerusi Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak pula, seramai 470 usahawan menerima peralatan perniagaan tahun ini dan menjana pendapatan keseluruhan RM1.72 juta antara April hingga Oktober.

Daripada jumlah itu, 54 usahawan mencatat pendapatan melebihi RM2,150 sebulan, manakala pendapatan tertinggi sebanyak RM26,000 sebulan direkodkan seorang usahawan makanan dari Sibu, Siti Mariam.

Selain pemerkasaan ekonomi, usaha memperkukuh institusi keluarga turut dilaksanakan menerusi kursus keibubapaan moden, praperkahwinan dan pascaperkahwinan, bengkel pengurusan keluarga serta latihan penjagaan asas warga emas.

Katanya, program berkenaan dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian bagi memastikan masyarakat di bandar serta luar bandar mendapat akses kepada sokongan yang diperlukan.

BERITA LAIN

Penipuan dalam talian tidak pilih mangsa

JULAU: Kerugian akibat penipuan dalam talian di Sarawak yang mencecah ratusan juta ringgit sejak beberapa tahun lalu menunjukkan jenayah siber semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian

UTS perlu perkukuh peranan pacu ekonomi Sarawak

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) perlu memainkan peranan lebih besar dalam memacu transformasi ekonomi Sarawak, termasuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, memperkasa penyelidikan dan merancakkan

BERITA TERBARU

Penipuan dalam talian tidak pilih mangsa

JULAU: Kerugian akibat penipuan dalam talian di Sarawak yang mencecah ratusan juta ringgit sejak beberapa tahun lalu menunjukkan jenayah siber semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian

UTS perlu perkukuh peranan pacu ekonomi Sarawak

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) perlu memainkan peranan lebih besar dalam memacu transformasi ekonomi Sarawak, termasuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, memperkasa penyelidikan dan merancakkan