ARTIKEL

Kredit: Bernama

Institusi pendidikan tinggi bentuk akhlak generasi muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi pendidikan tinggi turut berperanan membentuk akhlak dan tanggungjawab generasi muda.

Beliau berkata mahasiswa perlu dilatih memiliki kekuatan dalaman untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa selepas bekerja.

Kredit: Bernama

Anwar menekankan pendidikan tinggi perlu membentuk individu berasaskan keimanan, akhlak dan jati diri selain kecemerlangan akademik.

Beliau menyeru Generasi Z memiliki kesedaran tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat dan membetulkan kepincangan sistem.

Kredit: Bernama

Anwar turut menyebut ramai individu terlibat dalam skandal seperti 1MDB, FELDA dan Tabung Haji adalah golongan bersiswazah seperti dilapor Bernama.

Pada majlis itu, Anwar menyampaikan Anugerah Tokoh Siswa Negara kepada Mohamad Amar Aidid Mohd Zain daripada Universiti Utara Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU