KUCHING: Situasi jerebu di Sarawak terus menunjukkan trend penurunan apabila sembilan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini.
Sementara itu, sembilan lagi kawasan berada pada tahap sederhana.
Berdasarkan bacaan IPU Sarawak yang dikeluarkan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Kuching mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 164, diikuti Samarahan (161) dan Serian (160).
Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Sri Aman (153), Sarikei (156), Sibu (152), Mukah (151), Bintulu (157) dan Samalaju (115).
Sembilan kawasan lain mencatatkan bacaan pada tahap sederhana iaitu Kapit (65), Miri (92), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (76), Limbang (58), Lundu (96), Tebedu (95), Lubok Antu (83), Lawas (59) dan Bario (46).


