ARTIKEL

Tiga kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat setakat jam 6 petang.

IPU Serian, Kuching dan Samarahan tidak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 6 petang ini, dengan Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu pada paras 162.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Kuching turut mencatatkan bacaan tidak sihat pada paras 153, diikuti Samarahan dengan 152.

Sementara itu, Sri Aman dan Sarikei masing-masing merekodkan bacaan 92, diikuti Bintulu (91), Sibu (89), Mukah (84), Samalaju (83), Miri (66), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (66), Kapit (61) dan Limbang (60), yang semuanya berada pada tahap sederhana.

Keadaan itu menunjukkan kawasan di selatan Sarawak masih terjejas akibat jerebu, manakala kawasan lain mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan atau jantung, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sekiranya bacaan IPU kekal pada tahap tidak sihat.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Orang ramai turut disaran memakai pelitup muka yang bersesuaian ketika berada di luar serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom seperti sesak nafas, batuk berpanjangan atau iritasi mata akibat jerebu.

Bacaan IPU semasa boleh disemak menerusi laman sesawang APIMS atau aplikasi MyIPU untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU