ARTIKEL

Gambar hiasan

Iran mansuhkan sekatan WhatsApp dan Google

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEHRAN: Majlis Tertinggi Siber Iran telah memutuskan untuk memansuhkan sekatan terhadap platform popular seperti WhatsApp dan Google Play, menandakan perubahan besar dalam dasar pengurusan internet negara.

Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri oleh ketua tiga cabang kerajaan, menteri, dan ahli majlis.

Sesi tersebut membincangkan semula dasar sekatan internet dalam menghadapi permintaan yang semakin meningkat untuk akses digital yang lebih luas.

Setelah meneliti cadangan dari pihak berkuasa, majlis tersebut meluluskan langkah pelonggaran sekatan sambil menekankan pentingnya tadbir urus siber yang terkawal serta memperkukuhkan platform domestik.

Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi Iran, Sattar Hashemi, mengumumkan keputusan ini melalui hantaran di platform X:

“Hari ini, kami mengambil langkah pertama ke arah memansuhkan sekatan internet dengan perpaduan dan kerjasama. Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden, media, dan aktivis atas usaha mereka. Perjalanan ini akan diteruskan.”

Langkah ini juga bertujuan untuk memenuhi janji kempen Presiden Masoud Pezeshkian, yang sebelum ini berikrar untuk menangani isu akses internet sebagai sebahagian daripada agenda pemodenannya.–BERNAMA

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,