ARTIKEL

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani, bercakap selepas bertemu dengan Speaker Parlimen Lubnan, Nabih Berri, di Beirut, Lubnan 13 Ogos 2025. REUTERS/Aziz Taher/ | Bernama

Iran “Tidak Akan Berunding Dengan AS” : Pegawai Tinggi Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran Ali Larijani, menafikan pada Isnin dakwaan bahawa Tehran berhasrat untuk memulakan semula rundingan dengan Washington, menegaskan bahawa Iran tidak akan mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Larijani, menerusi platform X, menangkis laporan yang mencadangkan Iran telah mengambil inisiatif baharu untuk berunding dengan AS.

Merujuk laporan Al Jazeera yang memetik The Wall Street Journal, yang mendakwa Larijani cuba menyambung rundingan dengan Washington melalui Oman, beliau menyatakan: “Kami tidak akan berunding dengan AS.”

Dalam satu hantaran berasingan, Larijani turut menyelar kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai Iran.

Mengkritik Trump kerana mengheret rantau itu ke dalam kancah huru-hara dengan “ilusi kosong,” Larijani berkata: “Dia kini bimbang tentang kehilangan lebih banyak tentera Amerika.

Dengan khayalannya sendiri, dia telah mengubah slogan ‘America First’ kepada ‘Israel First’ dan mengorbankan tentera Amerika demi kemaruk kuasa Israel.”

Beliau seterusnya menuduh Trump sengaja membiarkan anggota tentera Amerika dan keluarga mereka menanggung akibat daripada pembohongan baharu itu.

Kempen ketenteraan bersama AS-Israel yang dilancarkan pada Sabtu mengorbankan beberapa pegawai kanan Iran, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara Teluk.

Tiga anggota tentera AS terkorban dan lima yang lain mengalami kecederaan serius. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU