ARTIKEL

Irfan yakin kemampuan pemain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETUA Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim yakin dengan kemampuan pemain yang berada dalam skuad kendaliannya ketika ini.

Menurut Irfan, meskipun ini musim pertama beliau bersama dengan ‘The City Boys’ namun melihat semangat serta komitmen diberikan pemain semasa latihan.

Beliau optimis pemain yang diberi kepercayaan menyarung jersi pasukan KC FC mampu memberikan yang terbaik.

“Pemain begitu bersemangat ketika sesi latihan, dan saya percaya mereka mampu memberikan yang terbaik pada saingan sebenar kelak,” ujar Irfan kepada Suara Sarawak.

Dalam perkembangan berbeza, Irfan akui tempoh masa yang ada akan terus diperguna sebaik mungkin memantapkan pasukan.

“Saya mempunyai masa beberapa minggu sahaja lagi sebelum tirai saingan Liga Premier 2021 disingkap pada 5 Mac depan.

“Saya akan menggunakan masa tersebut untuk memperkemaskan pasukan, dengan fokus kepada memperbaiki kelemahan di posisi yang telah dikenal pasti,” tambah Irfan lagi.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha