ARTIKEL

Isteri maut, suami cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta di simpang empat Jalan Pueh-Telok Melano, petang Selasa lalu.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan sekitar jam 3.24 petang, dipercayai berpunca daripada kecuaian suami mangsa apabila keluar dari simpang tanpa berhenti.

Katanya semasa kejadian, pasangan suami isteri berusia 83 dan 81 tahun itu keluar dari simpang Kampung Pueh manakala kereta terbabit datang dari arah Lundu menuju ke Telok Melano.

“Akibat kemalangan ini, pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang mengalami kecederaan parah di badan dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Alexson berkata, pemandu kereta terbabit, seorang lelaki berusia 26 tahun dari Samariang tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat