ARTIKEL

Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk dua kanan) dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizi, menghadiri Pemukiman AELM di Pusat Konvensyen Lima semalam, yang turut dihadiri Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (duduk dua kiri), Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba (duduk tengah), dan Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum Pardo (duduk dua kanan).

Isu kekejaman di Gaza turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMA, Peru: Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) secara khususnya berkisar sekitar ekonomi dan perdagangan.

Walaupun demikian, ia turut menyentuh isu kekejaman ke atas rakyat Palestin di Gaza, sesuatu yang amat menggalakkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Anwar berkata beliau amat teruja apabila dapat menghadiri sendiri satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka yang menimpa dunia.

“Ini juga adalah satu daripada beberapa sesi APEC, yang turut menyentuh kekejaman ketara terhadap penduduk Gaza, yang adakalanya kita pilih untuk abaikan, jelas bertentangan dengan semangat kemanusiaan yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi intervensi Pemukiman Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di sini.

Anwar tiba di sini pada 12 November lalu untuk Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).

Sebelum ini, beliau mengaitkan isu berkenaan dengan prinsip perdagangan bebas yang tidak sepatutnya menafikan hak rakyat Palestin.

AELM berakhir hari ini. – BERNAMA (M.Saraswathi)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU