ARTIKEL

Gambar hiasan

Isu kesihatan, pelaburan dan identiti digital dijangka dibangkitkan di Parlimen hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Status terkini pelaksanaan kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) dalam industri kesihatan swasta, usaha meningkatkan penggunaan produk tempatan dalam pelaburan serta penggunaan MyDigital ID terhadap golongan rentan antara perkara yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Rodziah Ismail (PH-Ampang) pada sesi soal jawab lisan meminta Menteri Kesihatan menyatakan status terkini pelaksanaan sistem DRG dalam industri kesihatan swasta serta langkah kawal selia dan pemantauan bagi memastikan pengendali insurans atau takaful tidak campur tangan dalam keputusan perubatan pakar dan doktor.

Pada sesi sama, Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengemukakan soalan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung langkah jangka pendek, sederhana dan panjang yang dirancang kerajaan bagi meningkatkan penggunaan produk tempatan dalam semua pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI).

Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) pula meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan bagaimana kementerian memastikan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), penduduk luar bandar serta Orang Asli tidak terpinggir sekiranya perkhidmatan keselamatan dan imigresen bergantung sepenuhnya kepada MyDigital ID.

Selepas sesi soal jawab lisan, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh kementerian-kementerian berkaitan.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road