ARTIKEL

Pang bersama-sama wakil Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Bahagian Bintulu turun padang meninjau keadaan aduan limpahan kumbahan di sekitar Pusat Komersial J5 dan Peace Village.

Isu kumbahan di Pusat Komersial J5, Peace Village: Johnny Pang Gesa Tindakan Segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Isu limpahan kumbahan yang berlarutan di sekitar Pusat Komersial J5 dan Peace Village menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk dan para peniaga.

Masalah itu yang dilaporkan berlaku di empat lokasi berbeza, bukan sahaja mengganggu keselesaan harian, malah turut menjejaskan operasi perniagaan yang bergantung kepada pelanggan tetap di kawasan tersebut.

Susulan aduan yang diterima, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming mengadakan tinjauan tapak bersama-sama pasukan Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu dan wakil Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak (SSD) Bahagian Bintulu.

“Ada perniagaan yang terpaksa menghentikan operasi kerana bau busuk dan keadaan tidak selesa. Ini perkara yang sangat serius dan perlu diberi perhatian segera,” tegas Johnny Pang.

Menurut beliau lagi, pihak SSD Bintulu memaklumkan kontraktor sebelum ini gagal menyelesaikan isu berkenaan dengan berkesan, dan kini proses tender sedang berjalan bagi melantik kontraktor baharu.

Bagaimanapun, beberapa langkah prosedur masih perlu diselesaikan sebelum kerja-kerja pembaikan boleh dimulakan.

“Saya menggesa agar proses ini dipercepat. Rakyat tidak seharusnya terus menunggu dan menderita dengan masalah asas seperti ini.

“Kita juga mencadangkan agar penyelesaian sementara dilaksanakan segera bagi mengurangkan kesulitan yang sedang ditanggung penduduk,” katanya lagi.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan isu ini sehingga penyelesaian menyeluruh dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU